22 Mar 2025

BERITA NUBE

 

NUBE SMJ Terus Gempur! Sambutan Hangat di Bazar Ramadan Mydin Senawang

NUBE SMJ meneruskan gerakan #HapusCajRM1, kali ini di Bazar Ramadan Mydin Senawang, Negeri Sembilan. Kehadiran orang ramai amat menggalakkan apabila ratusan pengunjung tampil menandatangani petisyen bagi menolak caj RM1 pengeluaran ATM antara bank yang membebankan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah.

“Kalau bank boleh raih RM271 juta hanya daripada caj ini, rakyat berhak tanya—ke mana duit itu pergi?”

“Caj ini mungkin nampak kecil, tapi inilah lambang ketidakadilan sistem kewangan terhadap rakyat biasa.”

Bank Negara Malaysia dan kerajaan MADANI digesa agar tidak terus berdiam diri. Rakyat telah bersuara, kini masa untuk bertindak!

Saksikan kemeriahan dan semangat solidariti rakyat Negeri Sembilan melalui gambar-gambar ini!

Jangan tunggu lagi! Tandatangan dan sebarkan petisyen sekarang!  www.change.org/HapusCajRM1

#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive #Ramadhan

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my