24 Mar 2025

BERITA NUBE

 

 

Kempen Tandatangan Petisyen #HapusCajRM1 di Bazar Aidilfitri Alor Setar

Dalam kesibukan kerja dan menjalani ibadah puasa, Ahli Jawatankuasa Cawangan dan Kerja NUBE PKP Zon 6 Alor Setar tetap komited meneruskan Kempen 1 Juta Tandatangan Petisyen #HapusCajRM1 di Bazar Aidilfitri Alor Setar.

Kempen ini bertujuan mengumpulkan sokongan rakyat bagi mendesak penghapusan caj RM1 yang dikenakan ke atas transaksi pengeluaran wang di ATM bukan bank sendiri.

Sambutan hangat diterima daripada para pengunjung bazar yang menyokong usaha membela hak pekerja dan rakyat. Pasukan turut memberikan penerangan mengenai kesan caj ini terhadap golongan berpendapatan rendah.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada perjuangan berterusan NUBE untuk memastikan sistem kewangan yang lebih adil dan mesra pengguna.

Bersama kita desak perubahan! Tandatangan & sebarkan petisyen sekarang! www.change.org/HapusCajRM1

#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive #Ramadhan

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my