23 Oct 2016

BERITA GLOBAL

 

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah mengadakan Persidangan Perwakilan bagi Bahagian Selangor Dan Wilayah Persekutuan di Dewan Sekolah Wawasan USJ 15 Subang Jaya, Selangor.

Kehadiran seramai 350 perwakilan dari pelbagai Kesatuan Sekerja di Malaysia telah menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi pemilihan Ahli Jawatankuasa MTUC Bahagian Selangor Dan Wilayah Persekutuan bagi tempoh 3 Tahun.

Calon NUBE Malaysia bagi jawatan Setiausaha MTUC Bahagian Selangor & W. Persekutuan adalah Sdr Mohd Faisal Husin yang juga EXCON NUBE dan Naib Pengerusi NUBE Cawangan KLSP.
Keputusan diumumkan dimana pucuk kepimpinan MTUC Bahagian Selangor & Wilayah Persekutuan ialah seperti berikut:
Pengerusi – Wan Noorulazhar (KSIEWBSM)
N.Pengerusi – Mahfudz Harun (FIEU)
Setiausaha – MOHD FAISAL HUSIN (NUBE)
P.S/usaha – Zulfakar Bin Mohamad (NUDIW)
Bendahari – Wan Mohd Kamal (EIWU)
Kemenangan bagi jawatan Setiausaha telah berpihak kepada wakil dan calon dari NUBE.
Dengan ini barisan EXCO NUBE Malaysia amat berbangga dengan kejayaan ini dan juga mengucapkan Tahniah di atas kejayaan yang dimiliki, supaya ia menjadi teras permulaan kebangkitan kaum pekerja di Malaysia selepas ini.
Tahniah NUBE Malaysia !!!
Tahniah Saudara Mohd Faisal Bin Husin !!!
Tahniah Perwakilan NUBE KLSP !!!
“Demi Pekerja Oleh Pekerja”

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my