Perjumpaan Bersama Ahli NUBE CIMB Taman Maluri
Perjumpaan pada 16 April 2025 ini bermula pada jam 6.00 petang dan berakhir sekitar jam 8.15 malam. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ketua Zon NUBE KLSP, Bro Mohd Rahmat Bin Abd Hamid, bersama dengan Bendahari Agung NUBE, Bro Kennedy Kannan.
Perbincangan tertumpu kepada isu-isu berbangkit yang sedang dihadapi oleh ahli-ahli serta persiapan menjelang Perhimpunan Hari Pekerja pada 1 Mei 2025. Pelbagai perkara penting telah diketengahkan, termasuk hal-hal berkaitan Perjanjian Bersama (CA) dan Bantuan Perayaan (FA), yang menjadi antara teras utama perjuangan kesatuan.
Dalam mesyuarat ini juga, ahli-ahli sebulat suara telah melantik IRC cawangan.
Semua ahli NUBE yang hadir menunjukkan kefahaman dan komitmen tinggi terhadap isu-isu yang dibangkitkan.
Sokongan padu dan semangat solidariti jelas terpamer sepanjang sesi berlangsung, mencerminkan kesatuan yang kukuh dalam memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja.
HIDUP PEKERJA
HIDUP AHLI NUBE
HIDUP NUBE**
#NUBE #WorkersSolidarity #StrongUnion #CIMBTamanMaluri #NUBEKLSP #MemberEngagement #WorkersRights #UnionStrong #LongLiveNUBE #MayDay2025 #CollectivePower #TogetherWeRise #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #CIMBTamanMaluri #NUBEKLSP #MesyuaratAhli #HakPekerja #UnionStrong #WorkersRights #HidupNUBE #MayDay2025 #PerjuanganBersama #KLSP
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now