23 Apr 2025

BERITA NUBE

 

22 April 2025 – Perjumpaan Setiausaha Agung Bersama Ahli NUBE SMJ Melaka

Pada 22 April 2025, kali ini Cawangan SMJ Negeri Melaka menerima kunjungan Setiausaha Agung, Bro. J. Solomon. Dalam perjumpaan ini, seramai 110 ahli NUBE dari sekitar negeri Melaka telah hadir memberikan sokongan .

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh Bro. Kamarudin, diikuti dengan amanat penuh semangat daripada Bro. J. Solomon kepada semua ahli yang hadir.

Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli yang sentiasa memberi sokongan padu kepada NUBE dalam perjuangan ini. Setiausaha Agung turut meniupkan semangat perjuangan kepada semua ahli, khususnya dalam waktu-waktu getir yang sedang dilalui oleh kesatuan dan pekerja bank seluruh negara.

Majlis berakhir pada jam 9.30 malam, meninggalkan semua yang hadir dengan semangat solidariti dan perjuangan yang berkobar-kobar .

#NUBE #NUBESMJ #NUBEMelaka #WorkersSolidarity #StrongUnion #UnionPower #TeamSMJ #WorkersRights #TogetherWeRise #LeadershipInAction #UnitedWeFightWeWin #GeneralSecretaryAddress #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #PerjuanganPekerja #KitaJagaKita #UnionStrong #BersatuBerjuangMenang #AmanatSetiausahaAgung

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my