LAWATAN KERJA NUBE PKP ZON 3 OLEH AJK CAWANGAN & AJK KERJA
Satu lawatan kerja telah dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan, Sdri Marjaan Hamid, bersama Ahli Jawatankuasa Kerja, Sdr Shurki Hamid, ke beberapa cawangan bank di bawah Zon 3.
Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara kesatuan dan ahli-ahli di tempat kerja, serta mendengar secara langsung isu dan cadangan dari akar umbi.
Antara cawangan bank yang telah dilawati ialah:
1. RHB Bank Berhad, Kampung Gajah
2. Public Bank Berhad, Seri Jaya
3. Hong Leong Bank, Bukit Mertajam
4. CIMB Bank, Taman Selat
5. Public Bank Auto Finance, Butterworth
Lawatan ini disambut baik oleh ahli-ahli NUBE di semua lokasi. Banyak isu berkaitan kebajikan, suasana tempat kerja, dan hak pekerja telah dikongsi secara terbuka.
Komitmen dan semangat kesatuan dalam kalangan ahli jelas terpancar, sekaligus membuktikan bahawa solidariti tetap utuh walau dalam apa jua cabaran.
#NUBE #NUBEPKP #Zone3 #WorkingVisit #WorkersSolidarity #StrongUnion #WorkersRights #GroundEngagement #CollectivePower #UnitedWeStand #UnionStrong #TogetherWeRise #Zon3 #LawatanKerja #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #WorkersUnity #HakPekerja #PerjuanganBersama #BersatuBerjuangMenang #KitaJagaKita
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now