MERUJUK KE MAHKAMAH UNTUK SENYAPKAN SUARA PEKERJA?
Salah satu tuntutan utama kita dalam “Voice of the Voiceless: Suara Pekerja yang Selama Ini Dibisukan” sempena Hari Pekerja 2025 ialah pendedahan taktik kotor kerajaan & bank!
TERMA & SYARAT PEKERJAAN 15,000 AHLI NUBE (Perjanjian Kolektif ke-20) telah DIRUJUK TERUS KE MAHKAMAH PERUSAHAAN oleh Menteri Sumber Manusia, tanpa sebarang rundingan dengan NUBE.
Ini adalah pelanggaran terang-terangan terhadap: Perjanjian Kolektif ke-19 yang masih sah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) Piawaian Buruh Antarabangsa (ILO Convention 98)
Tindakan ini bukan sahaja melanggar hak kesatuan untuk berunding, tetapi juga satu bentuk DISKRIMINASI ANTI-KESATUAN yang serius — dirancang untuk menutup mulut, melemahkan solidariti, dan menafikan suara pekerja!
Apabila hak berunding dirampas, bermakna pekerja dipaksa menerima apa sahaja yang ditentukan oleh majikan — tanpa rundingan, tanpa suara, tanpa keadilan.
Kita tidak boleh diam! Kita TUNTUT hak kita! Kita TUNTUT keadilan! Kita TUNTUT hak untuk berunding secara bebas!
Ayuh bersama kami di Putrajaya pada 1 Mei 2025. Suara anda adalah kekuatan kita!
Info penuh di: https://www.nube.org.my/singlepost/8371
#VoiceOfTheVoiceless #OneForAllAllForOne #ResistOppression #LabourDay2025 #NUBE #WorkersSolidarity #LawanPenindasan #HariPekerja202 #SolidaritiPekerja
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now