NUBE: KAD PEKERJA MADANI MESTI DIBERI KEPADA SEMUA 16 JUTA PEKERJA!
NUBE membantah keras keputusan mengehadkan Kad Pekerja MADANI kepada hanya 1 juta ahli kesatuan. Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon, menyifatkan langkah ini tidak munasabah kerana ia hanya meliputi sekitar 6% daripada 16 juta tenaga kerja di Malaysia.
Semua pekerja—tidak kira ahli kesatuan atau tidak—berhak menerima manfaat kad ini, termasuk diskaun sehingga 30% di lebih 100 syarikat. Mengehadkan pemberian ini adalah satu bentuk ketidakadilan sosial.
NUBE mendesak kerajaan MADANI agar meluaskan Kad Pekerja MADANI kepada semua golongan pekerja di negara ini, demi prinsip keadilan dan keterangkuman sebenar.
Baca laporan penuh di sini:
https://www.utusan.com.my/nasional/2025/05/kad-pekerja-madani-perlu-diberi-kepada-16-juta-pekerja/
#MADANIWorkerCard #WorkersDeserveBetter #UnionPower #SolidarityForever #WorkersRise2025 #KESUMAFailed #StopUnionDiscrimination #KadPekerjaMADANI #KebajikanPekerja #PekerjaBangkit2025 #KESUMAGagal #HentikanDiskriminasi
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now