17 May 2025

BERITA NUBE

 

KESUMA: Kementerian Pekerja atau Kementerian Kapitalis?

Kami, ahli NUBE, telah bersabar terlalu lama. Tetapi kini sudah tiba masanya untuk kami bersuara lantang.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang sepatutnya menjadi pelindung pekerja kini secara terang-terangan berubah menjadi benteng terakhir untuk kapitalis. Kementerian yang diharap menjadi wakil suara kami, akhirnya menjadi alat majikan besar, MCBA, billionaire bank, dan GLC yang rakus.

Pada 1 Mei 2025, kami hadir ke Putrajaya untuk meluahkan penderitaan dan harapan kami sebagai pekerja bank yang ditindas. Namun, YB Steven Sim Chee Keong 沈志强, Menteri Sumber Manusia daripada Parti DAP, memilih untuk membisu dan langsung tidak memberi sebarang respons mahupun usaha untuk memanggil NUBE berbincang bagi mencari penyelesaian.

Sikap menteri yang licik ini jelas menunjukkan keberpihakannya kepada majikan semata-mata, tanpa sedikit pun mempedulikan nasib kami, rakyat marhaen yang menjadi tulang belakang kepada industri perbankan negara.

Lebih parah, YB Steven Sim tidak malu berpura-pura kononnya mesra rakyat, padahal di belakang tabir menjadi dalang yang membiarkan pekerja bank dan rakyat pekerja Malaysia terus ditekan dan dianaktirikan. Inilah sandiwara politik murahan seorang Menteri Kapitalis yang tidak ikhlas membela rakyat.

Realitinya, beliaulah Menteri Sumber Manusia paling teruk dalam sejarah Malaysia.

Bukan sahaja gagal membela hak pekerja, malah menyalahgunakan kuasa menteri untuk mempromosi perpecahan, menyebelahi majikan, dan menindas gerakan kesatuan sekerja yang sah.

Zaman Barisan Nasional dahulu pun tidaklah seteruk ini. Sekurang-kurangnya ada ruang untuk rundingan dan perbincangan. Tetapi hari ini, suara pekerja dianggap musuh, dan kesatuan seperti NUBE dipandang sebagai ancaman.

Kami ingin mengingatkan rakyat Malaysia, terutamanya para pengundi di Parlimen Bukit Mertajam:

Lihatlah siapa ahli Parlimen yang anda pilih.

Jangan terpedaya lagi dengan watak kononnya “Menteri Rakyat” yang sebenarnya adalah perosak dan pemecahbelah perpaduan rakyat pekerja Malaysia. Beliau mengkhianati mandat dan amanah yang diberi.

Kepada YB Steven Sim Chee Keong:

YB bukan Menteri Pekerja.

YB adalah Menteri Kapitalis.

Cukuplah berselindung di balik slogan dan propaganda. Jika YB tidak mampu menjadi pembela pekerja, lebih baik tamatkan sahaja perkhidmatan secara terhormat.

Kami di NUBE tidak akan berhenti. Kami menuntut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat segala bentuk penindasan, diskriminasi, dan pengkhianatan hak pekerja yang telah YB lakukan bersama institusi-institusi yang bersekongkol.

Kepada seluruh ahli NUBE dan pekerja Malaysia:

Bersatulah. Bangkitlah. Jangan tunduk kepada pengkhianatan ini.

Inilah detik kebangkitan suara pekerja Malaysia!

Kami akan terus bersuara.

Kami akan terus berjuang.

Kami tidak akan dibungkam.

Pekerja Bank Marhaen

Ahli Nube Cawangan SMJ

#SuaraDariAkarUmbi #NUBEMalaysia #RCIForJustice #MenteriKapitalis #StevenSimCheeKeong #BukitMertajamBukaMata #KamiTakkanDiam #SolidaritiPekerja

#satuuntuksemuasemuauntuksatu

#One4AllAll4one

 
 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my