Zon Juru Bangkit! Kesatuan Kukuh, Suara Semakin Lantang!
25/06/2025 Juru – Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE PKP Nur Marjaan Binti Abdul You dan Mohamed Ayup Bin Abdul Razak telah turun padang dan menerima jemputan ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di RHB Bank Juru.
AGM yang berlangsung dengan lancar dan penuh semangat ini telah membincangkan beberapa topik penting seperti isu-isu di tempat kerja, kemas kini informasi kesatuan serta cadangan penambahbaikan bersama ahli semua dilakukan dalam semangat solidariti yang tinggi dan penuh keprihatinan terhadap kebajikan pekerja.
Selain itu, Lawatan Zon turut dijalankan ke beberapa cawangan bank utama di sekitar Juru iaitu:
Affin Islamic Juru
Standard Chartered Juru
Maybank Juru
Hong Leong Juru
Sesi lawatan ini membuka ruang dialog secara terus bersama ahli menyuarakan isu sebenar di tempat kerja dan mendapatkan penjelasan mengenai perkembangan terkini serta menyemarakkan semangat perjuangan bersama yang menjadi teras kekuatan NUBE.
Kehadiran Ahli Jawatankuasa Cawangan ke lapangan ini membuktikan Kesatuan bukan hanya hadir bila ada masalah tetapi hadir sebelum masalah bermula.
#NUBEMalaysia #JuruZone #RHBJuru #AGM2025 #UnionSolidarity #WorkersVoice #WorkersWelfare #NUBEPKP #ZoneVisit #WorkersStruggle #StrongerTogether #SolidaritiKesatuan #SuaraPekerja #KebajikanPekerja #LawatanZon #PerjuanganPekerja #StrongerTogether
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now