LAWATAN KERJA NUBE PKP – DEKATI AHLI, SAMPAIKAN MAKLUMAT TERKINI!
Bayan Lepas, 26 Jun 2025 – Pengerusi Cawangan NUBE Penang/Kedah/Perlis Sdr. Abdul Jamil Haji Jalaludeen bersama Setiausaha Kehormat Sdri. Siti Haryati Kamal telah turun padang dalam lawatan kerja rasmi ke tiga cawangan bank hari ini .
Bank-bank yang dilawati adalah :
MBB Queensbay
CIMB Queensbay
HSBC Amanah
Lawatan ini bertujuan untuk menyantuni ahli di tempat kerja , menyampaikan info terkini mengenai perjuangan NUBE serta isu berkaitan Perjanjian Kolektif & hak pekerja. Ia juga memberi peluang mendengar terus suara dan keprihatinan ahli .
Selain itu, pimpinan cawangan dapat menilai suasana kerja , mengenal pasti isu yang belum dilaporkan dan memperkukuh peranan kesatuan sebagai wakil sah pekerja . Interaksi bersemuka membantu memastikan maklumat disampaikan dengan lebih telus dan mudah difahami .
Dalam konteks pertikaian yang sedang berlangsung dengan pihak majikan , kepimpinan menyeru ahli agar terus berdiri teguh bersama. Sokongan padu amat penting demi mempertahankan hak dan maruah pekerja .
Terima kasih atas sambutan hangat dan sokongan berterusan dari semua ahli yang dikunjungi. Lawatan seperti ini kekal menjadi komitmen kami agar suara ahli sentiasa diangkat .
“Kami bukan datang sekadar melawat, tapi membawa suara perjuangan, menyampaikan kebenaran , dan menyuntik semangat kepada semua ahli yang berdiri teguh bersama NUBE!” – Sdr. Abdul Jamil Haji Jalaludeen Pengerusi Cawangan NUBE PKP
“Bersama Kita Kuat, Bersatu Kita Teguh!”
#NUBEMalaysia #WorkVisit2025 #NUBEPKP #WorkersVoice #UnionMovement #WorkersRights #UnionSolidarity #StrongerTogether #CollectiveStrength #DefendWorkersRights #WorkersStruggle #LawatanKerja2025 #SuaraPekerja #KesatuanPekerja #SolidaritiKesatuan #HakPekerja #PerjuanganPekerja
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now