MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) DI CIMB BANK USM MINDEN HEIGHTS - NUBE PKP
Gelugor Penang, 26 Jun 2025 – Pegawai dari NUBE PKP iaitu AJK Cawangan Sdra T. Eswaran PJM dan Sdra Alvin PJM telah menjalankan satu lawatan kerja dan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di CIMB Bank USM Minden Heights.
Menerusi mesyuarat ini beberapa perkara turut dibincangkan iaitu :
Perkembangan rundingan Perjanjian Kolektif (CA) & Bantuan Perayaan.
Permasalahan berkaitan pekerjaan.
Memelihara tatatertib di tempat kerja.
Ahli-ahli juga diingatkan agar sentiasa mengikuti segala Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure) yang telah ditetapkan oleh majikan semasa menjalankan tugas. Terutamanya ketika pengendalian pengurusan tunai. Hal ini supaya tugasan dapat dilaksanakan dengan selamat, konsisten dan berkesan.
Mentari pagi bersinar cerah,
Embun menitis di atas daun.
Pegang amanah jangan berubah,
Integriti itu jadi tuan.
Syabas dan tahniah kepada Ahli NUBE di CIMB Bank USM Minden Heights di atas perlantikan AJK Penyelaras (IRC) bagi tahun 2025/2026. Terus bersatu menyokong perjuangan NUBE Malaysia. One for All and All for One.
#NUBEMalaysia #CIMBBankUSM #MindenHeights #AGM2025 #NUBEPKP #UnionSolidarity #WorkersRights #CollectiveAgreement #UnionStrength #IRC2025 #StrongerTogether
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now