Menyantuni Ahli dan Mesyuarat Am Tahunan di Menara MBSB PJ Sentral
NUBE KLSP telah mengadakan Mesyuarat Tahunan bersama-sama ahli di Menara MBSB. Mesyuarat ini adalah aktiviti mingguan kami untuk menyantuni ahli-ahli.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Naib Pengerusi NUBE KLSP Sdra Mohd Faisal Husin dengan kehadiran Sdra Muhammad Nizar AJK NUBE KLSP serta Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras (IRC) Sdra Syahrul Asyraf bersama Sdra Muhamad Khalid, Naib Pengerusi IRC, Sdri Nur Fatehah, Setiausaha IRC serta Sdra Azlan (Pembantu Setiausaha) bagi Menara MBSB.
Perbincangan utama adalah isu-isu semasa seperti perkembangan terkini CA 20 serta Bantuan Perayaan, isu di tempat kerja serta pemilihan IRC.
Di samping itu, wakil Great Eastern, En. Prem, telah menerangkan secara terperinci mengenai NUBE CARE serta pakej perlindungan insurans mampu milik kepada setiap ahli bagi hari-hari yang mendatang — bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan".
Sdra Mohd Faisal juga menyentuh jiwa setiap ahli supaya mengambil tanggungjawab serta bersatu hati dalam apa jua keadaan bagi terus kekal berjuang bersama NUBE dengan diakhiri dengan kepentingan moto NUBE – "ONE FOR ALL, ALL FOR ONE."
#NUBEMalaysia #NUBEKLSP #MBSB #AnnualMeeting #NUBECare #CA20 #FestivalAssistance #UnionSolidarity #WorkersUnion #MesyuaratTahunan #BantuanPerayaan #SolidaritiKesatuan #KesatuanPekerja #StrongerTogether #OneForAllAllForOne
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now