LAWATAN KERJA NUBE PKP KE RHB AIR ITAM DAN MBB WISMA JELUTONG
Air Itam, Penang | 16 Julai 2025 – Sdr Zainul Ahamad Mydin, selaku Naib Pengerusi Cawangan NUBE Penang/Kedah/Perlis (PKP), telah mengadakan lawatan kerja ke dua buah cawangan bank iaitu RHB Bank Cawangan Air Itam dan Maybank Wisma Jelutong pada hari ini.
Lawatan ini bertujuan untuk bertemu secara langsung dengan ahli-ahli kesatuan di lokasi serta mendapatkan maklum balas berkenaan isu-isu tempat kerja dan kebajikan serta pelaksanaan hak-hak kesatuan. Sepanjang lawatan, Sdr Zainul turut menyampaikan maklumat terkini berkaitan hal ehwal kesatuan, perkembangan rundingan perjanjian bersama serta langkah-langkah membina solidariti di kalangan ahli.
Pihak cawangan NUBE PKP menghargai keterbukaan ahli-ahli dalam berkongsi pandangan dan berharap agar lawatan seperti ini dapat terus mengukuhkan hubungan antara kepimpinan kesatuan dan ahli di peringkat akar umbi.
#NUBEMalaysia #NUBEPKP #WorkVisit2025 #RHBAirItam #MaybankWismaJelutong #WorkersRights #UnionSolidarity #GrassrootsStrength #UnionSupport #LawatanKerja2025 #HakPekerja #SolidaritiKesatuan #AkarUmbi #KesatuanPekerja #StrongerTogether
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now