26 Jul 2025

BERITA NUBE

 

PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN LANGGAR PROSEDUR, SEKAT SUARA KESATUAN

NUBE mendedahkan salah laku serius oleh Pengerusi Mahkamah Perusahaan, Andersen Ong Wai Leong, yang mengeluarkan keputusan 68 muka surat dalam satu kes pertikaian perdagangan tanpa merujuk dua ahli panel seperti yang diwajibkan undang-undang. Panel pekerja dan majikan wajib dirujuk dalam kes sebegini. Ini bukan kes pembuangan kerja dan pengerusi tidak boleh buat keputusan bersendirian.

Lebih mengejutkan, peguam bank terlibat anggap kesilapan ini sebagai “kosmetik” dan minta pengerusi betulkan saja. Tapi undang-undang jelas — keputusan muktamad tidak boleh diubah. Prinsip ini dipanggil functus officio. NUBE membantah keras, tapi pengerusi tetap akur pada kehendak bank.

Pengerusi kemudian keluarkan apa yang digambarkan sebagai “gag order” — melarang NUBE daripada mengulas, memuat naik sebarang kenyataan, malah menganjurkan piket. Semua ini bermula daripada kes gangguan seksual dalam sebuah bank utama, dan kini kesatuan disekat kerana bersuara bela ahli.

“Tindakan ini mencabuli prinsip keadilan,” tegas Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon. “Ia wujudkan precedent berbahaya, di mana pengerusi boleh ubah keputusan sesuka hati. Ini bukan keadilan. Ini penyalahgunaan kuasa.”

https://thesun.my/malaysia-news/nube-alleges-judicial-misconduct-by-industrial-court-chairman-DE14544034

#IndustrialCourtExposed #UnionSilenced #JusticeHijacked #NUBESpeaksUp #StopJudicialBias #ProtectWorkersRights #MahkamahDipertikai #PekerjaDibisukan #KeadilanDirampas #NUBEBersuara #OneForAllAllForOne #HentiBeratSebelah #LindungiHakPekerja

 
 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my