LAWATAN KERJA RASMI NUBE SMJ – PERKUKUH HUBUNGAN, SAMPAIKAN SUARA AKAR UMBI
NUBE SMJ kini giat mengadakan lawatan kerja rasmi ke seluruh kawasan SMJ. Pada 17 Julai 2025, Ahli Jawatankuasa Cawangan Bro Shah Alam dan Bro Aznor telah melawat Public Bank Bukit Pasir Muar dan Alliance Bank Bakri Muar. Kehadiran mereka disambut dengan mesra oleh IRC PBB Bukit Pasir Bro Syukri dan Bro Azman dari Alliance Bank Bakri.
Dalam kegairahan MCBA membisukan hak dan suara pekerja, NUBE tidak duduk diam — kami telah mengorak langkah bertindak. Tujuan lawatan ini adalah untuk memastikan segala perkembangan terkini berkaitan isu Bantuan Perayaan (FA) dan Perjanjian Kolektif (CA) sampai terus ke peringkat akar umbi.
Pegawai kesatuan turut mengambil peluang untuk mendengar permasalahan ahli di tempat kerja masing-masing, dan menyalurkan maklumat terkini berkaitan gerak kerja dan hala tuju kesatuan.
Lawatan kerja rasmi seperti ini secara langsung mengukuhkan hubungan antara ahli dan pimpinan kesatuan serta menyemai semangat kesatuan yang utuh dan terus hidup dalam jiwa semua ahli.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan demi memperkukuh barisan pekerja yang bersatu dan berani bersuara.
#NUBESMJ #SMJWorkVisit #PublicBankBukitPasir #AllianceBankBakri #UnionSolidarity #WorkersRights #GrassrootsPower #FAUpdate #CA20 #OneForAllAllForOne #LawatanKerjaSMJ #KesatuanPekerja #SolidaritiKesatuan #SuaraAkarUmbi
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now