30 Jul 2025

BERITA NUBE

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NUBE CIMB CAWANGAN PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID MENYEMARAKKAN SEMANGAT SOLIDARITI

Alor Setar, 23 Julai 2025 – Semangat kesatuan dan perjuangan diteruskan apabila Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) NUBE berjaya dilangsungkan di CIMB Cawangan Persiaran Sultan Abdul Hamid dengan kehadiran Ketua Zon Sdr Zaini Halidan merangkap Ahli Jawatankuasa Cawangan Sdr Shukri dan Sdr Faisol Ahli Jawatankuasa Kerja. Turut bersama adalah ahli-ahli NUBE dari pelbagai unit termasuk dari Jabatan Consumer Business Support yang hadir memberikan sokongan padu kepada agenda kesatuan.

Dalam ucapannya, Sdr Zaini menyeru semua ahli agar terus memperkukuh solidariti sesama rakan sekerja dan sesama ahli dalam kesatuan. Beliau menegaskan bahawa sudah tiba masanya untuk semua ahli bangkit dan berdiri bersama-sama kepimpinan NUBE demi mempertahankan maruah serta hak asasi yang sedang rakus dicabuli oleh pihak majikan yang tidak bertanggungjawab.

Mesyuarat ini turut menjadi platform penting untuk mengemaskini perkembangan terkini berkaitan perjanjian kolektif dan isu-isu semasa yang dihadapi ahli serta hala tuju perjuangan kesatuan dalam mendepani cabaran yang semakin mencabar dalam sektor perbankan.

#NUBESolidarity #NUBECIMB #WorkersRights #StrongUnion #UnitedWeStand #BranchPower #SolidaritiNUBE #HakPekerja #KesatuanKuat #PerjuanganBersama #BersatuTeguh #CawanganKental #AGMNUBE2025 #NUBEMalaysia

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my