5 pemimpin NUBE hadiri Forum Pendidikan Belia Kesatuan Sekerja Antarabangsa di Belarus
MINSK, Belarus: Delegasi lima pemimpin NUBE yang diketuai oleh Naib Presiden Bro Chee Yeeh Ceeu kini berada di Minsk, Belarus untuk mengikuti Forum Pendidikan Belia Kesatuan Sekerja Antarabangsa.
Selain Bro Chee, pemimpin NUBE lain yang turut mengambil bahagian dalam forum ini ialah dua EXCO Bro Rahmat Abd Hamid dan Sis Evelyn Chan Siew Yen, Ahli Jawatankuasa Bro Quah Wei Fung dan Bro Cheon Tiong Eiw. Kesemua mereka mewakili cawangan masing-masing.
Mereka adalah sebahagian daripada 200 perwakilan dari 17 negara menghadiri forum kali ini.
Program dimulakan dengan sesi menanam “Pokok Persahabatan” bagi melambangkan kepentingan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja kalangan belia.
Ia diikuti dengan sesi latihan untuk perwakilan di Fasiliti Pendidikan Persekutuan Kesatuan Perdagangan Belarus, di mana mereka didedahkan kepada aspek komunikasi yang berkesan, pembentukan semangat berpasukan dan penyelesaian masalah.
Selepas itu, delegasi juga melawat sebuah kilang perindustrian di mana kehadiran mereka diterima oleh Pengurus Besarnya, Encik Danchenko Ivan Ivanovich. Delegasi telah diberi peluang untuk mengadakan sesi dialog dengan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja kilang.
Di sebelah petang, perwakilan NUBE bertemu dengan Pengerusi Kesatuan Sekerja Pekerja-pekerja Bank dan Kewangan Belarus Komrad Alexander Likhtarovitch bersama-sama dengan Komrad Darya Ivashko.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now