NUBE Bergerak Ke Hadapan – Memastikan Pekerja Terurus dan Berkesatuan
NUBE SMJ Union House, Johor Bahru, 26 November 2017 – Pada hari ini telah tercipta satu peristiwa penting dalam perjuangan berterusan NUBE dalam usaha mendampingi kesemua pekerja bank dan mewakili mereka, terutama yang masih belum lagi menjadi ahli kesatuan dan menyertai pangkuan Kesatuan.
Jesteru itu, NUBE yang diketuai oleh Presiden Bro Michael Tan Eng Hong dan pasukan penganjur yang terdiri daripada Bro Chee Yeeh Ceeu, Naib Presiden NUBE, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur dan Pengambilan dan Penasihat Undang-undang NUBE, Encik V. Alfred serta Cik Lindu Livan, Penyelaras Pengelola dan Pengambilan, telah melancarkan Kempen Kelola, Berkesatuan untuk mendampingi dan menghimpunkan pekerja-pekerja bank yang belum jadi menjadi ahli kesatuan dan dengan itu menghidangkan mereka dengan satu “berita baik bahawa NUBE sentiasa berada di sini untuk semua pekerja bank” – menasihati, mempertahan, melindungi dan menawarkan manfaat advokasi di mahkamah dalam isu-isu ketidakpatuhan, pelanggaran, dan skim licik yang boleh mengakibatkan penamatan dan pembuangan kerja.
NUBE seterusnya menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada mereka yang menyertai sebagai ahli seperti pandangan bebas, nasihat dan perwakilan, nasihat undang-undang yang percuma, bimbingan yang percuma untuk kekal cemerlang di tempat kerja, perlindungan insurans peribadi yang berpatutan, perlindungan insurans hospital keluarga, kemudahan pinjaman peribadi, Skim persaraan pencen, latihan percuma dan cuti berbayar untuk menghadiri latihan.
Jadi untuk membawa kempen ke lapanagan, NUBE telah melancarkan sebuah video berjudul “KELOLA, BERKESATUAN” sebagai sebahagian daripada usaha untuk mendapatkan anggota baharu ke dalam pangkuannya. Video tersebut akan dimuat naik tidak lama lagi menerusi media sosial. Semua pekerja bank digalak untuk melihat dan berkongsi video ini dengan sahabat mereka dan mereka yang belum menjadi ahli kesatuan. Untuk pemahaman dan rujukan segera mengenai NUBE, perkhidmatan dan aktiviti, risalah boleh didapati dengan mudah di Ibu Pejabat NUBE dan Cawangannya untuk semua ahli NUBE dan pekerja bank yang tidak terurus.
Selaras dengan pelancaran ini, NUBE secara serentak melaksanakan sesi perancangan dan latihan strategikkepada Ahjli jawatankuasa Cawangan dan Jawatankuasa Kerja. Dan, sesi pertama telah bermula hari ini, 26 November 2017 dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Johor Bahru, untuk kawasan Seremban, Melaka dan Cawangan Johor (“Cawangan SMJ”). Ini akan diikuti dengan lawatan lapangan ke Cawangan Bank terpilih dari 27 hingga 30 November 2017, bermula di Johor Bahru pada 27 November 2017 dan seterusnya ke Simpang Renggam, Kluang, Batu Pahat, Melaka dan Negeri Sembilan.
Sesi di Johor Bahru melibatkan 27 Ahli jawatankuasa Cawangan dan Jawatankuasa Kerja Cawangan SMJ telah mengambil bahagian sepanjang sesi tersebut. Dari sesi ini juga dapat melihat minat yang mendalam terhadap dua teknik penting seperti Analisis SWOT dan Pemetaan Kuasa, yang diperkenalkan untuk memberi keyakinan dan keperluan kemahiran untuk melaksanakan kerja secara berkesan semasa Kempen.
Pada akhir sesi pelancaran hari ini, para peserta merasakan bahawa sesi yang dijalankan telah memberi hala tuju yang jelas tentang bagaimana untuk menghubungi, menjangkau dan membawa pekerja-pekerja bank ke pangkuan NUBE.
Oleh itu, NUBE ingin memberi nasihat kepada pekerja-pekerja bank yang belum mendaftar sebagai anggota NUBE untuk berbuat demikian dengan segera. NUBE adalah satu-satunya Kesatuan dalam industri perbankan yang akan memberi perlindungan dan perwakilan di tempat kerja dan NUBE akan sentiasa berada di sana untuk anda – pada masa sekarang dan masa depan.
Sertai kami hari ini!
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now