PIKET KEBANGSAAN FASA KE-5 MELAWAN HSBC BANK MALAYSIA 33
KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Presiden NUBE, Bro Michael Tan menegaskan NUBE akan mengambil tindakan susulan sekiranya HSBC enggan menyelesaikan kesemua aduan industri yang telah difailkan.
"Kita akan pantau perkembangan, tindakan di pihak HSBC sama ada pengurusan sumber manusia yang baharu mahu selesaikan atau tidak," kata beliau ketika berucap mengakhiri piket kebangsaan melawan HSBC Bank Malaysia di hadapan HSBC Cawangan Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.
Piket yang bermula 9 malam berakhir 12 tengah malam. Ia diadakan menjelang sambutan Hari Kebangsaan kali ke-65.
Beliau menyifatkan piket yang bermula di Johor pada Mac lalu, berakhir di Kuala Lumpur, semalam.
"Perjuangan kita belum selesai, kita akan teruskan," kata beliau.
Lebih 400 orang mengambil bahagian dalam piket kali ini.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now